Wah lama betul gua tinggalkan dunia blog,eh tak jugak la sebab assignment subjek ITE sem ni kena buat blog yang banyak nak mampus. Tapi blog gua memang usang, penuh dengan sarang labah-labah. Gua memang malas nak menulis blog waktu gua tengah bz atau takda komitmen masa. Bukan apa, bila nak menulis ni macam kena mengerah otak untuk buat entry yang bermakna, so disebabkan kemalasan tahap gaban gua secara langsungnya biar je blog bersawang.
Tahun ni memang dah nak habis,gua target nak post semua entry-entry yang gua pendam selama ni berkenaan aktiviti-aktiviti sepanjang tahun 2011. Kalau ikutkan,banyak sangant sebenarnya tapi disebabkan gua taknak memori gua berkenaan lupus di angin lalu, baik gua terjemahkan dalam blog. Atleast esok cucu cicit gua boleh la tengok blog gua buat bed time stories....
Sekarang just bz dengan assignment dan juga final year project yang gua telah terdelay dari jadual asal fakulti. Ni pun gua tengah buat PSM (projek sarjana muda), curi-curi masa tulis entry ni dan layan buku muka serta twitter...
Gua rasa tahun ni memang banyak bawa makna dan banyak juga kenangan-kenangan yang best dimana kalau anda semua baca entry nanti mesti rasa"cambest" kekeke...
nantikan entry-entry kenangan sepanjang tahun 2011 Siotjekauni (ceh bajet ade orang nak baca je)
keh keh keh






2 comments:
aku termasuk dlm kenangan2 2011 kau tak ? :P
we will see about that hehe
Post a Comment