Assalamualaikum wbt...
Dari masuk darjah 1,dengan memakai baju putih dan berseluar biru gelap sambil botol air gambar otromen tergantung di leher, sampai la dah besar berjanggut bagai macam ni memang tak habis2 dengan benda keramat yang menghantui jiwa iaitu EXAM!hahaha
Exam atau dalam bahasa France orang panggil examen, sememangnya mencipta pelbagai senario lawak dan juga tragis haaa.....
Masa zaman sekolah rendah dulu,aku sendiri tak tau apa benda UPSR tu, memang tak termaktub dalam kitab hidup untuk nak amek tau apa benda UPSR tu. Yang aku tau,aku jawab je apa benda yang cikgu suruh jawab. Bila dah dapat result,family aku suka benor tapi aku blur apa benda yang bez sangat dengan UPSR tu? Haaa bila dah masuk form 3 baru la tau apa tu exam-exam penting dalam sistem pembelajaran,baru gelabah aku nak target flat A hahaha (sebenarnya mak aku ugut kalo aku tak dapat result best aku akan dihalau dari rumah kekekeke takut woo)...

aku masa darjah 3
Kehidupan universiti ni takda la teruk sangat pun kalau nak dibandingkan dengan sekolah menengah dulu sebab kita ada banyak masa nak buat macam2, contohnya :
memancing,
beraktiviti dalam organisasi,
berendek ditepi tasik,
berkaraoke sumbang mambang,
mengusha gadis2 turun dari bas,
stay tengah malam untuk baling telur dan tepung kepada mangsa hari jadi
berjaga sampai pagi main buku muka,
main dota 12 jam tanpa henti,
tidur berpanjangan macam beruang sehingga ponteng kelas,
uhh dasyat kan,memang banyak sangat masa hoho...
Keserabutan
Menjelang minggu2 exam sememangnya hati kurang senang memikirkan apa yang tak study lagi. Kebiasaan aku akan study apa2 yang terlintas nak study,jadi meja study akan menjadi huru hara dan tunggang langgang dengan buku,nota,bahan hiburan,lukisan dan air nescafe bagi penerang hati hehe...
desktop screen yg penuh serabut dengan nota bagai
Fenomena dekat-dekat nak exam week
Kita akan biasa melihat kejadian2 dan dialog2 seperti berikut:
"ko g la makan dulu,nnt aku folo" sambil berkata kepada roomate dengan mata tepat kearah nota dengan mulut terkumat kamit.
"eh x pernah2 aku nmpk ko kt library,semangat benor!" kata kawan beliau dengan sinisnya.
"alaaa meja penuh la.." mengeluh sambil melihat setiap meja penuh dengan budak2 study group.
"xde mood la study,karok jom!" sambil disokong oleh rakan2 seperjuangan yang lain.
"wey ko dh print nota x?ade soft copy x?pinjam..." sambil buat muka seposen.
"ohh kemonnnn,lek la,exam mggu depan,study mggu dpn je la" sambil menghasut member yang tekun study.
"wey,ade nescafe?tongkat ali ke?kacip fatimah pon aku tibai" planning nak stay up.
"lek luuuuuu,layan muvie luuuu..." kaki sempoi yang tenang masa exam.
"eh,arini dah ari rabu ke?bkn ari ahad?" lalok,dah tak tau masa sebenar.
"aaaaaa!!!!!arrghh!!!!! soley soleyyyy.." tekanan jiwa yang melampau.
Exam final sem lepas paling gila!
Final sem lepas memang haru,bukan sebab study last minit atau tak prepare,tapi blok asrama aku dalam renovation toilet besar-besaran! Dah la satu blok air tak ada,tandas semua tgh renovate,tiap2 kali nak mandi atau melabur kena ke blok sebelah,selama study week dan exam week ye kawan2. Satu hal yang paling tensen adalah bunyi2 drilling yang bingit nak mampos,sampai bengap kepala hotak jadinya. Memang tak boleh study ini macam.

bilik air ni tgh renovate bagi macam hotel Hilton punya toilet
Disebabkan aku dan kawan2 yang rajin dan mahasiswa berwawasan (sambil mata pandang ke atas dan tangan ke bahu), kami sepakat berhijrah ke Perpustakaan Sultanah Zanariah bagi mencari sinar baru dalam mengulangkaji pelajaran acheeewah! Masa tu terasa seperti pelajar skema yang tuck in baju kolar dan memakai spec serta rambut belah tengah. First time rasa macam seorang mahasiswa hahaha..
tenang je study sini..tapi agak membosankan hehe
Sem ni aku praktikal,so tak ada la istilah exam dalam kamus hidup aku stakat ni wahahaha. Jadi kepada rakan2 yang tengah struggle nak exam la,test la,submission la,presentation la bagai ni aku ucapkan moga mahu jaya dan jangan stress kan diri.
Cuba banyakkan beramal ibadah dan beriadah bagi mengimbangi fizikal dan mental.
Jangan sampai bunuh diri pulak,sebab memang ade kes student yang stress dengan exam sampai gantung diri kt loker wowowo....
ahh,pening kepala ingat pasal exam ni,challoooooo00ooo.....





2 comments:
gambar tu. atas tu amir sepastik dengan amirul izzat. ats sekali kecik tu spe?
alaa man,aku pon lupe la sape haaha
Post a Comment