Stesen Bas Mengalahkan LCCT!

Assalamualaikum wbt...

Stesen bas Puduraya menjadi kenangan kepada ramai perantau2, golongan2pengemis, buskers2, peniaga2 majalah, pendatang asing,mahupun pelepak tegarkotaraya.

Dulu Puduraya memang gah tersergam di tengah2 ibu kota KL,menjadi nadi yg menghubungkan utara,selatan,timur dan barat negara. Runtuhnya stesen bas ni sama seperti runtuhnya penjara Pudu yang akan lenyap dari sudut pandang generasi akan datang,namanya yang mungkin diingati tetapi suasananya tidak akan dapat dirasai lagi.

Kenangan aku dengan stesen Puduraya ni agak banyak, kira sejak aku masuk asrama penuh dulu aku start blaja naik bus ekspres turun di Puduraya ni dari Muadzam Shah. Kekerapan aku turun di stesen ni menjadi lebih tinggi selepas aku study di Melaka dan Johor. Sepanjang aku menggunakan khidmat di stesen ni,ade beberapa renovation dilakukan sikit demi sikit,tetapi bila satu renovation besar-besaran dibuat,stesen ni dipindahkan ke Bukit Jalil.


Puduraya ni memang ramai "ulat" yg akan datang kpd korang dangan ayat

"abang nk g mane bang?tanya je ni,nk g mane bang?"

aku akan jawab "dah ade tiket,xpe2" (sambil tunjuk tiket bas yang aku pnah naik dulu)

aku saje tipu dorg hehe.


Stesen sementara Bukit Jalil,keadaan yang lebih kurang dengan sebelum ni,ulat tetap merata-rata. Kadang-kadang ulat ni menyesakkan otak,tp kadang2 membantu bile kita dalam keadaan terdesak. Pengalaman yang paling kurang ajar bila aku dikatakan naik bas pukul 3.30pm,tapi rupanya bas gerak pkul 5pm,cis! Kena tipu secara halus dengan ulat2 dan pengurusan bas. Salute kepada Transnasional yang on time (tepuk2). Satu je kurangnya stesen sementara ni,korg tak boleh nk melepak main game dekat arked, makan McD,KFC atau Kenny Rogers masa korang tunggu bas macam di Puduraya dulu hoho....


Stesen baru! Terminal Bersepadu Selatan


Tanggal 18 Mac,aku secara gamble nya pergi ke stesen bas Sri Puteri dalam pkul 6pm untuk balik ke KL,mana bas yang paling awal aku naik je,memang tak payah beli tiket awal2,bas ke KL memang banyak.


Sebaik melepasi tol Sg.Besi,aku berteka-teki dalam kepala otak

"bas ni turun kat Bkt Jalil ke stesen BTS??"

Akak aku pun mesej tanya turun mana,aku reply

"ni bas double decker,duk blakang,payah nak g tanye driver"

jadi aku pun duk diam2 tunggu mane bas ni nk hala.


Kejutan,rupanya2 bas ni turun di terminal baru,weewit! Setibanya di terminal,aku dah macam kagum dengan design dan kekemasan terminal ni. Siap ade signboard "Departure" wah,macam kat airport!


Bila turun je dari bas,aku semacam haruk tengok keliling dan dalam hati aku berkata "ooo ni la die rupenye,dri jauh nmpk mcm xde ape2,siap jugak akhirnye". Aku pun naik la eskalator dan mula terfikir kalau2 aku sesat kat tempat ni.

Amacam,cantik tak? bersinar2 je kan haha...(aku sempat snap beberapa pix ni je)


Yang agak menggerunkan, abang2 Polis yang menjaga pintu pelepasan (cuba tgk di sebelah kiri gambar). Sistem dekat sini memang kemas dan teratur siap dengan skrin besar yang memaparkan masa dan bas yang akan berlepas. Di setiap sudut akan ada flat screen untuk tunjuk masa perlepasan. Bagi aku,untuk satu perkhidmatan bas,tempat ni memang grand dan berbaloi kalo menunggu lama pon sebab tempat ni sangat la selesa dan selamat.

Tapi ni semua memang nampk gah buat permulaan,tak tau la kot 10 taun lagi akan berubah jadi macam Puduraya balik kan hahahahha...


Aku rindu suasana Puduraya hahahahaha.........noktah!

5 comments:

Unknown said...

NAK BALIKKKKK ! >.<

siotjekauni said...

wawawa cian si rose
-siot

Faiz said...

hahahaha..g blik muadzam kt puduraya..kenangan giler kot cik siot..hahahhaah
stesen bru BTS ni mmg lawa kot..harap2 nnt pudu pn jd mcm nk gk, mengenangkan jasa2 yg byk ditabur kpd anak2 perantauan yg merantau mencari rezeki mahupun study..
puduraya mmg deserve suasana yg selesa mcm ni..

nota kaki: bila puduraya nk siap renovate ni??rindu nk g nek bas kt situ..hahah

siotjekauni said...

lpas ni puduraya jd ape ha?terminal bas ekpres gak ke???

momoQue said...

whoaa.. dah macam LCCT siott! ((:

siotjekauni by Emirul Adzwan

Psychological Imbalance!!




the name is Emirul Adzwan bin Yahya. birth in 1988,22nd Dec. currently studying at UTM Skudai,JB. My passions are Psychology, science, philosophy, Islam, history, cultural, family, literature, arts(theater, drawing,singing,drumming,music,film). Purely from Pahang, Raub+Temerloh. Some call me Emirul, the band call me Emim, and those college friends call me Siot.. (bajet gile speaking omputih!)

My Rock Band : Out Worn Shoes

About Me

My Photo
teruna,sepet,kurang tinggi,jerawat,manis senyuman,UTM Skudai

Followers

VVIP

web site hit counter