Assalamualaikum wbt..
Kehangatan Anugerah Bintang Popular Berita Harian semalam memang dirasai semua peminat seni tanah air dengan pelbagai gelagat artis dan gimik yang mengejutkan (paling menarik Usop da Wilcha haha). Tahniah kepada semua yang mendapat anugerah,sememangnya mereka popular dalam bidang masing2 baik artis yang baru atau yang sudah lama bertapak dalam industri.
Malam tadi,sambil menunggu nasik putih telur bungkus yang di order sampai,mata ralik menonton ABPBH yang ketika itu berlangsung anugerah Pengacara Radio Lelaki Popular. Tahniah FBI (tepuk3). Sambil mengunyah hidangan,ada satu anugerah yang ditunggu-tunggu tiba,itulah dia Anugerah Artis Komedi Wanita Popular! Antara calon-calon adalah Sharifah Syahira,Kak Engku,Kak Qi (Noorkhiriah),Didie Ilias dan Kenchana Dewi. Sememangnya agak berdebar bila menunggu keputusan,mana tak nya calon-calonnya hebat. Dan keputusan nya adalah......trerrrrrr(drum roll) tata!!! Noorkhiriah!!!

Noorkhiriah atau family aku panggil Kak Qi adalah seseorang pelakon wanita yang berbakat serta gigih dalam career lakonan ni. Kak Qi adalah anak angkat kepada mak,dan family dia dan kami memang rapat sejak dari kecik lagi. Semasa remajanya Kak Qi bekerja dengan mak kat ofis dan rumah kami menjadi rumah kedua Kak Qi untuk melepak dan membuat bermacam-macam aktiviti seharian semasa di Raub,Pahang. Rumah kami dekat je,jadi memang hari-hari la melepak sama-sama. Pada awal 90 an' Kak Qi melangkah ke dalam bidang lakonan,waktu itu umur dalam 20 an'. Selepas sibuk berlakon,memang agak jarang dapat jumpa dengan Kak Qi,tapi kalau raya sememangya dia akan datang beraya ke rumah.
Kak Qi ni sememangnye sempoi orangya,low profile, kelakar dan kecoh haha. Aku memang tak pernah memandang kak Qi sebagai pelawak/pelakon lawak,tapi lebih kepada pelakon berbakat yang versatile dan hebat,dengan pembawakan emosi dan penghayatan watak memang memperlihatkan kesungguhan Kak Qi dalam lakonannya. Walaupun tidak memiliki ketinggian dan rupa paras ala model seperti Fasha Sanda atau Juliana Evans,tetapi bakatnya jauh melebihi mereka. Kak Qi pernah beberapa kali mempelawa siapa2 family kami untuk berlakon tapi disebabkan kerja masing2 memang tak dapat la nak join berlakon (masa tu aku sekolah lagi hoho).

majlis perkahwinan angah (aku cameraman haha)

sesi photo shoot produk Young Cafe' di Istana Budaya
(kiri family Kak Qi,kanan family aku)

poster produk Young Cafe' (aku: bawah kiri hehe)
Serba sedikit filem-filem yang pernah Kak Qi blakon :
2009 | : | Papadom - (Pelakon Utama) |
2008 | : | Los dan Faun - (Pelakon Pembantu) |
2008 | : | Susuk - (Pelakon Utama) |
2007 | : | Syaitan - (Pelakon Pembantu) |
2006 | : | Raindogs - (Pelakon Pembantu) |
2006 | : | Gubra - (Pelakon Pembantu) |
Antara anugerah :
2006 : Festival Filem Malaysia ke 19 - Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
2007 : Anugerah Skrin 2007 - Pelakon Pembantu Drama Wanita Terbaik
2008 : ABPBH - Artis Komedi Wanita Popular
2009 : ABPBH - Artis Komedi Wanita Popular
2009 : Festival Filem Malaysia ke 22 - Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
2010 : Anugerah Skrin 2010 - Pelakon Drama Wanita Terbaik
2011 : ABPBH - Artis Komedi Wanita Popular

Aku ada menanam cita-cita satu hari nanti untuk bergandingan dengan Kak Qi dalam mana2 filem,drama atau pementasan.Ia adalah sesuatu yang membanggakan. Lagi menarik kalau cerita itu berkisar tentang masyarakat Pahang yang meggunakan loghat Raub disebabkan family kami memang pekat loghat bahasa Pahang bila bercakap hehe...Semoga Kak Qi terus maju jaya dalam career dan semakin murah rezeki,amin...oooyeahhh....!!





2 comments:
aku mmg follow citer keranamu saerah nie dlu.. mmg norkhiriah nie berbakat besar.. versatile.. watak ape pon boleh bawak.. (:
kannn..mcm2 watak die leh bawak,mmg layak la mng anugrah skrin aritu
Post a Comment