Assalamulaikum wbt...
First year di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ni agak jakun bagi aku sebab aku excited nak tengok cara hidup u yang kononnya stylo milo la,konon2 bila someone yang berkaca mata itam bergaya ala2 Joe Flizow berselisih dengan member akan cakap "hey bro,wuzzup,kemon laaa..."huh bertapa drama samarinda nya situasi tersebut. Aku agak terbayangkan benda2 tersebut sebab di tv memang biasa kita ditabur dengan scene kehidupan kolej yang serba style and mewah,up-to-date,uptown,kanye West atau paling koman Justin Bibirrrr... Nak kata aku tak pernah melawat u tak la jugak,aku biasa je masuk UIA masa abang aku study dulu,tapi UIA student2 dia stylo ye rakan2,sebab banyak pengaruh golongan2 arab yang bijak berfesyen serta manis dipandang. Gadis2 Melayu di UIA pun dah rupa macam arab, weewit!!
Hakikatnya dalam pemerhatian aku di UTM masa 1st sem, gadis2 serta jejaka2 UTM ni kebanyakannya berupa skema dan muka pelajar cemerlang,yang mana si gadis bertudung bawal pin satu mengepit buku sebesar yellow pages sambil menyandang beg sekolah swan dan tidak dilupakan cermin mata menandakan wajah terpelajar. Si jejaka tak kurang smartnya jugak dengan rambut belah ala2 Tomok zaman pra-matang,berbaju kolar tight in betulis nama semua ahli kelab membaca dibelakang baju,berseluar slack hitam licin dan juga berkaca mata berjalan menuju ke library...Mata aku meliar memerhatikan masyarakat sekeliling dan berkata dalam hati "wat de ikan is dis?" ini macam situasi masa aku di mrsm dulu je? (takda la semua macam tuuu...ada segelintir la..ni hanya diskripsi yang berlebihan ye kawan2)
Yaa...secara ringkasnya aku menyatakan bahawa student2 disini kebanyakannya kurang style,iaitu kurang mengambil penampilan diri sebagai satu asas kepada kehidupan seharian (ah ngata orang,aku lagi la selekeh bagai). Tempat dimana aku boleh jumpa remaja2 stylo kebanyakannya di Fakulti Alam Bina (FAB),ini terbukti benar dan diakui oleh ramai sahabat handai.Kenapa mereka di FAB dikatakan stylo?Mungkin sebab mereka secara puratanya adalah orang2 seni yang melukis, bermuzik, designing, photographer, dan macam2 lagi..harus diakui yang dalam banyak2 event dalam UTM ni,event yang budak2 FAB buat paling bez dan stylo bagi aku. Sepintas lalu di fakulti ni aku akan dapat melihat gadis2 yang seumpama Yuna dari tepi, Hana Tajima dari belakang dan Hanis Zalika dari sudut mata jelingan manja.
"budak2 UTM ni tak meriah ah,gaya skema dan muka focus belajar sangat, bosan gua"
Tapi itu duluuuuu......
Sekarang tahun makin berubah,masa berputar dan bumi berjalan..eh?bumi berputar dan masa berjalan dalam arus kemodenan yang serba canggih facebooktwittertumblerblogspot ini,aku melihat perkembangan fesyen yang semakin rancak di UTM ni.Yaaaa semakin rancak,tahu? Kalu aku katakan 1st year dulu hanya budak2 FAB yang style tapi kini tidak lagi ye rakan2,mata aku yang selama ini kuyu mula meng"scan" jiwa2 muda UTM yang semakin meriah! yang jejaka dah makin ramai berupa ala2 pelakon jambu Twilight dan rambut tajam Super Junior saranghaeoooo... Ada kadang2 sekali pandang ala2 Anu dalam botol,eh?silap, ala2 Anuar Zain,ada sekali pandang macam Bienda,sekali jenguk ala2 model tudung majalah Nur.
Owh baru la segar jiwa2 UTM,gara2 pengaruh internet dan personaliti hiburan yang menerapkan gaya2 style berhijab. Yuna?yaaaa Yuna adalah salah satu fenomena gadis music bertudung yang memberi inspirasi kepada gadis2 supaya lebih bergaya,sopan walaupun menutup aurat (terlalu subjektif,bergantung kepada nawaitu masing2). Yuna yang baru2 ni telah membuka butik label beliau sendiri iaitu IAMJETFUEL di Subang. Haa moh singgah2 blog beliau http://iamjetfuelshop.blogspot.com/


photo by Bakri Hafiz Hisham ( http://bakrihafizhisham.com/blog/)
Disamping ramai pengusaha2 kedai maya yang menjual tudung dan fesyen2 pakaian terkini yang secara tidak sengaja mempengaruhi pemikiran remaja dalam berfesyen (shawl,selendang,beg,baju renda2 bagai), terdapat juga pengaruh luar yang agak meransang mereka iaitu Hana Tajima,weewit! Yaaa beliau berada jauh nun di England tetapi berjaya mempengaruhi ramai gadis2 disini supaya melilit kain2 secara tunggang terbalik di sekeliling kepala mereka.Owh,ni aku memuji bukan mengata,aku sendiri me"LIKE" page Hana Tajima dan blog beliau http://www.stylecovered.com/

Nice haa...
Ok korang memang nice untuk mengikut style Hana Tajima,Yuna,Simply Siti,atau hetty Koes Endang,tapi ingat juga nawaitu you all berfesyen itu. Fesyen ni sebenarnya meningkatkan self confidence, self esteem, menaikkan mood, menyebarkan aura positif jika kena gayanya. Owh satu lagi,ia juga akan meningkatkan market anda juga sebagai contoh, muka anda yang kurang cerah atau bujur sirih dan hanya memakai pakaian baju rumah sukan sekolah,dengan seluar jeans baggy lalu memakai tudung bawal ber"pin" satu dan lepas tidak di ikat,market anda mungkin hanya sekitar 20% sahaja,dimana anda perlu superimpose wajah serta gaya anda menggunakan photoshop untuk dimuat naik menjadi profile picture buku muka. Dan setelah anda meng"study" beberapa teknik mengikat shawl di you tube,dan meng"order" secara online baju2 serta skirt panjang Hana Tajima,yaaa anda tidak dipandang sebelah mata seperti dulu lagi,anda kini market meningkat ke 55.5% peratus! yaa...anda tidak lonely lagi dimana ramai yang menjeling ketika anda sedang ambil nasi di cafe,beratur di mesin atm,serta dilemparkan senyuman manis oleh pak guard ketika keluar dari campus.
Jadi secara sepontannya aku nak nyanyikan lagu "Cek Mek Molek" M.Daud Kilau,gelek bang gelak ewahhh!!!!






6 comments:
gila kau siot. haha
haha realitinya begitu
hahaaha.. mesti ko gelek2 gak an tgk gadis utm.. aha
aku memang minat gelek
sedikit terasa di sini.. niway, nice writing... kekekke
yati jgn terasa,ni hanya tulisan kuang hajo aku saje,tp mybe a lil' bit inspiring i guess
Post a Comment