Lama benar aku tinggalkan ruang blog aku ni. Sebelum ni kemain rajin bebenor update tapi ni bila tinggal terus senyap membisu. Cuma ada beberapa entry aku yang still orang view macam entry "Siot,ajar aku main drum!". Aku baru balik dari Sabah,selama seminggu aku di Sabah untuk bertanding di Festival Teater Dekon Makum 2011 di Universiti Malaysia Sabah. Entry berkenaan festival,lakonan,naskah yang aku bawak akan ditulis kemudian dengan lebih detail. Aku lama tak menulis dalam blog sebab aku serabut dengan kerja yang macam2, buat aku hilang mood,dengan macam2 hal lagi, jadi aku pun jadi malas nak merangka ayat untuk menulis. Entry ni pun aku tulis sebab aku terasa amat la bosan dan mengantuk dekat office ni errghhhhh..(cubaan mengeliat).

rehearsal Dekon di Dewan Resital UMS
Sekarang aku pulak tengah pening nak siapkan report LI aku, dengan nak siapkan log book lagi, siapkan kerja office lagi,memikirkan hal penempatan kolej masa cuti lagi,haduiii... takpa lah,buat je asalkan boleh asalkan sempat ye. Ok nak sambung buat keje,selagi aku nampak tab laman sosial kat atas ni,selagi tu la aku tak kusyuk,adusss....
assalamualaikum..
challoooo....





2 comments:
ko jadi watak pe siot?watak pokok ke?
watak pakar motivasi n pengedar dadah hoho
Post a Comment