Topik kali ni bukan lah satu yang baru, dan dah ramai aku rasa buat entry macam ni. Tapi aku tertarik dengan senario,iklim dan fenomena zaman sekarang yang betul-betul mengubah mentaliti masyarakat kita.
Sepanjang 10 taun ni,satu perubahan arus yang sangat besar berlaku dalam society. Kalau zaman mak ayah kita bercinta dulu lain,berutus surat,dating tepi sungai la, bawah pokok la.
Zaman aku sekolah menengah pulak zaman pra-moden yang muda-mudi mula berjinak-jinak dengan internet, handphone, gadget, dan laptop....
Jom kita imbas balik cara-cara mengorat beberapa tahun yang lepas,yezzaaaa....
Tips Mengorat Gadis (2000-2008)
1) Pura-pura miss call nombor telefon gadis, dan bila ada respon sms "sape ni", terus mulakan langkah dengan reply "sori sy ingt nak call mmber sy,tp ter call no awk lak. umm alang2 ni,bleh berkenalan?" yeahhh...
2) Berkawan rapat dengan adik atau abang/kakak gadis tersebut,dengan harapan si gadis jatuh hati kepada orang yang penyayang kepada family dorg hehe...(agak hipokrit kadang2)
3) Menghantar kad raya buatan sendiri,secantik yang mungkin (walaupun anda hampeh dalam bidang dekorasi)
4) Menghadiahkan teddy bear secomel, semontel dan sebesar mungkin sempena hari jadi gadis itu (ok zaman sekarang pun masih diguna pakai)
5) Menggayakan rambut "spikey" ala2 vocalis kumpulan Linkin Park
6) Membuat impression kepada gadis bahawa anda bijak dalam komputer dan boleh menolong gadis itu membuat satu akaun email.(cewahh,ini agak klasik)
7) Cuba mengenakan fesyen ala2 kurt cobain (grunge) dan gadis-gadis akan mengaggap anda cool (pehhhhh bajet siottt)
8) Gunakan orang tengah sebagai posmen,dan kirimkan bar coklat yang menggadungi kad ucapan "hai,harap awak ceria-ceria selalu =)" hahahahahaha....
9) Membantu menyiapkan kerja sekolah gadis itu walaupun anda sendiri pun tak siap.
10) Ajak gadis itu lepak di tepi tasik dan dengan machonya anda bermain gitar kapok dengan lagu Search bertajuk "Fantasia Bulan Madu"
ok guys,ni taktik2 lama yang aku still ingat,walaupun berlambak lagi cara-cara mengorat berkesan zaman tu...
So, this is the latest yaww.....
Tips Mengorat Gadis Terkini
1) Kaji dan cuba ikut drama korea terkini,dan jadikan ia topik berborak dengan gadis
2) Download sebanyak mungkin game2 comel dan mudah seperti "Angry Birds" dan kata kan pada gadis tersebut "awak dah main game ni?sy ade installer die =)" yeahh..
3) Gunakan profile picture yang semacho,segagah, secomel,sejambu yang mungkin dalam akaun FB anda,kalau boleh edit sikit bagi hilang jerawat atau lemak berlebihan.
4) Komen gambar2 gadis tersebut di FB dengan komen2 yang mengutuk manja "eee takutnya tengok mata comel die,huhuhuhu" err ini gua agak geli haha.
5) Up to date dengan lagu2 band indie masakini,dan cuba dressing indie walaupun anda seorang poser tegar dalam muzik.
6) Hadiahkan gadis itu shawl,selendang atau apa2 tutup kepala yang trendy ala2 Hana Tajima, Yuna, ataupun Asmidar.
7) Buat satu clip,video guna movie maker yang letak sajak2 dengan gambar gadis tersebut (ini cara skema dan noob, bila idea dh kering sangat)
8) Angkut sebijik DSLR dan ajak gadis tu buat photoshoot (ni agak meyakinkan)
9) Belanja gadis itu serta kawan-kawannya karaoke selama 3 jam.
10) Ikut tweet gadis tersebut dan cube selit2 menyibuk reply tweet si gadis
11) Buat satu band music yang indiependant,dan cube guna nama "budak band" sebagai modal berkenalan dengan gadis itu (ini cara agak kurang ajo,tp agak berkesan hehe)
12) Jikalau si gadis ada blog,korg cuba promotekan blog gadis tersebut di FB,Twitter atau di blog korg sndiri. Baru la si gadis melihat usaha korg sebagai sweet hehe..
13) Mulakan chat dengan bercerita mengenai mutual friend korg,so that korg tak di ignore sebagai orang yang "hai,comelnya awak,bolah berkenalan?" tetttttt...
14) Berkawan dengan orang2 yang pemes dan berpengaruh. Contohnya anda adalah kawan kepada Yuna (walaupun dlm internet je) dan anda pasti mudah mendapat perhatian si gadis
15) Mulakan pengenalan dengan meminta akaun FB, YM atau twitter dahulu,selain dari terus meminta no telefon. (nampak macam licik sedikit haha)
16) Tolong edit and hias blog si gadis yang tak reti langsung coding HTML.
18) Hadiahkan t-shirt band seperti "Bunkface" atau "Hujan",si gadis pasti bangga memakainya.
19) Pura-pura tertinggal thumdrive dan apabila si gadis nak pulangkan,si gadis buka di pc dan tertera nama thumbdrive itu "joe0195556767".
20) Ajak si gadis tengok movie 3D.
ok ni je la setakat ni,penat dah aku.
semoga berjaya ye guys, challoooooooo....!!!!!





3 comments:
haha..mmg bergeliga la idea nie...:D
haha try la,ape lg
aha... cilik+licik!
Post a Comment