Hohoi rodong2,kawang2,saing2,teman2,kawan2,rakan2,sahabat2,member2 sekalian. Korang suka ke main alat music? Dalam banyak2 alat music yang aku main, tetap drum jugak yang menjadi minat orang untuk mintak aku ajar cara nak main. Aku bukan bagus sangat main drum,tapi untuk tunjukkan basic drumming boleh la hehehe..
Aku (still develop skill scream/vox sambil drumming)
Ok meh sini nak ajar korang yang nak blajar main drum,bagi yg dah pro dan terer sila jangan ngada2 nk amek tau,jauh2 sket ni untuk yang baru nak main jek hehe..
Satu benda nak bagitau tentang drummming ni,ia adalah sesuatu yang complex dan tak boleh suka2 dimainkan ikut suka hati dengan mana2 lagu. Haaa mesti tertanya-tanya kan? Korang mesti tau music2 jenis raggae,ska,pop,joget,jazz,punk,pop punk,hardcore,metal,metalcore,post hardcore,death metal,brit pop dan sebagainya kan, tapi boleh ke korg bezakan bentuk2 drum dalam lagu2 tersebut? frankly speaking,aku pnah jumpa ramai drummer yang tak tau bentuk2 drum dalam genre2 lagu ni,dorg just tau drumming stroke,pattern genre lagu yang dorang bawak je,ish sedih jugak dengan dorg ni...(aku pun takda la tau semua,tapi atleast tau la jugak nak bezakan). Kenapa aku tekan kan benda ni?Sebab benda ni yang akan mendatangkan masalah kepada sesebuah band bila nak cipta lagu nanti. Stroke pattern drum yang salah dan berlebihan akan membuatkan lagu tu hancur dan ke laut,takda bentuk..bayangkan wat lagu
brit pop(macam artic monkey) tapi drumming style metal,siap dengan double pedal la,blast sume cukup,tak ke lari tajuk tuh?? Tak salah kalau nak mix element, tapi make sure rangka basic tu betul. Punk ada trademark die, metal pun, apatah lagi reggae dan ska!
Setiap jenis lagu atau genre ada pattern atau trademark drum yang tersendiri. Contohnye
lagu jazz,lebih mementingkan "groovy" dan teknik2 yang digunakan lebih complex dan meriah. Bagi lagu bentuk punk pulak, lebih mementingkan kelajuan dengan stroke yang simple dan straight foward, adrenaline rush kata orang muda hehe (cuba dengar The Offspring, NOFX)..Antara metal dan hardcore juga ada perbezaan permainan drum nye ye kawan2,walaupun nampak macam sama tapi sbenanya ade elemen2 yang berbeza diterapkan dalam lagu2 genre tersebut.
Sumpah aku cakap jazz memang susah,aku memang takut dengan drum pattern jazz, metal pulak menguji ketahan otot2 kaki dan tangan dengan kelajuan dan perubahan beat yang mendadak.. biasanya drummer yang mahir dalam classical dan jazz music memang terer ah,
juga drummer band metal serta hardcore, dorg lebih energetic dan menggunakan beat2 yang complex.
Ok penat jugak membebel neh,minum air jap (sruppppp..ahhh)..sebelum main drum,atleast
tau la serba sedikit pasal info drum ni ye kawan,so that kita ready la nak study lagu2 untuk
dibawak berjamming hehe...
Hah sekarang tiba masa kita belajar pasal drum kit pulak!

pandangan belakang drum

A.Snare
B.Tom Tom
C.Floor Tom
D.Bass
E.Hi-Hat (cymbal)
F.Crash Cymbal
G.Ride Cymbal
A.Snare

Snare drum ni adalah antara kompenen utama drum,kalau takda snare maka tak jadi la
drum nya. Snare ni bunyi die "tak tak" bila kita ketuk dengan drum stick. Kita biasa dengar
orang ketuk drum bunyi "dum dum tak" kan,haaa yang "tak" tu adalah snare. Snare ni akan
ditempatkan di celah kangkang drummer,dan disokong oleh snare stand. Snare ada macam2
saiz dan bunyi,ia juga harus di "tune" kan untuk mendapatkan tone yang baik,
haaa ingat gitar je ke boleh tune?hehe... Kalau nak tau ye kawan, bunyi snare atau
ketegangan snare melambangkan jenis2 music yang tertentu.
Kalau snare untuk reggae, nyaring sikit "tang" bunyi die. Kalu punk pulak lebih kecik bunyi die
"tat tat" begitu..(kena dengar sndiri baru tau perbezaan)..
sebab itu setiap drummer ada snare sendiri yang hanya mereka saje yang sesuai pakai
untuk music yang mereka main. Bunyi snare ni dipengaruhi beberapa faktor,antaranya
ketegangan skin (kulit drum yang diketuk), jenis kayu/komposit snare,wire snare
(dibawah snare ade wire yang menggetarkan snare), dan juga jenis skin.
B.Tom Tom

Tom tom ni sebenarnya ada banyak saiz,dan tidak semestinya cuma ada dua tom dalam satu
drum set,satu pun cukup. Tapi kebiasaan band metal yang otai akan pkai banyak tom dan juga
cymbal,sebab drumming dorg lebih kompleks dan memberi impak kepada lagu supaya
menjadi lebih feel dan ganas. Saiz tom memainkan peranan,dimana semakin besar saiz
diameter tom tersebut semakin rendah bunyi tone nya. Susunan tom dalam drum set adalah
kiri ke kanan,iaitu yang paling kecik di kiri dan makin besar ke kanan. Di ingatkan tom
takda wire kat bawah dia macam snare.
C.Floor Tom

Ini floor tom yang mana tom yang ada kaki,haha...spesis tom tom,tapi tone dia rendah ye.
D.Bass

Bass drum ni letaknya di kaki drummer,dimana ia tidak diketuk menggunakan drum stick
tetapi menggunakan bass pedal. Pedal ni kita pijak pakai kaki ye (memang la,mana ada
pijak pakai tangan or lutut pulak). Kalau dalam lagu kita dengar bunyi "dum dum tak",
ha yang "dum" tu la bunyi bass.
E.Hi-Hat (cymbal)
Ini adalah kompenen yang selalu sangat orang tanya aku cmne nak main benda ni.
Senang je kawan2,benda ni berkaitan antara cymbal(piring) dan juga
pedal stand(ada pedal kat stand dalam gambar atas). Cymbal hi hat ni adalah berkembar
atas dan bawah,saling bertemu ye.Bukaan antara dua bilah cymbal tu boleh di adjust,
ikut suka la nak jarak kan berapa asalkan memenuhi keperluan. Apabila pedal dalam keadaan
tidak dipijak,piring itu akan kekal dengan jarak renggang (macam gambar atas),
tetapi apabila kita pijak,maka tertutup lah piring tersebut atau kedua piring tersebut
menjadi rapat dan bertemu.(ayat kaw2 satera neh haha). Keadaan pedal yang tak dipijak
dinamakan "open hi hat" manakala bila ia dipijak maka "close hi hat".
F.Crash Cymbal
G.Ride Cymbal

Cymbal ni ada bermacam2 saiz dan jenis,dimana setiap dari itu menghasilkan bunyi yang
berbeza2 mengikut citarasa lagu,genre dan minat drummer. Jenis dan bunyi cymbal juga
menyumbang kepada perbezaan genre lagu,sebab bunyi yang lebih keras dan lantang
biasanya digunakan dalam genre metal.
Drum Stick

Drumstick ni ada macam2 jenis sebenarnye, bergantung kepada jenis drum dan bentuk
permainan. Untuk standard drumming biasa,menggunakan kayu yang lurus dan
kepala tirus seperti dalam gambar yang Joey Jordison (drummer Slipknot) pegang ni.

Drumstick juga ada berbagai jenama,saiz dan jenis. Ada yang kayu,ada jugak yang plastik.
Saiz dan density drumstick memainkan peranan penting kepada drummer.
Ada drummer yang suka stick ringan,ada pulak yang suka panjang,ada jugak suka yang
padat dan berat. Bila terdapat macam2 jenis drumstick,bunyi ketukan yang dihasilkan
jugak akan berlainan. Beza kan kalau ketuk kepala hotak dengan besi ,dan dengan kayu..
betul tak?heeee... cara pegang stick mempengaruhi permainan dan efficiency drumming,
ni akan diterangkan kemudian ye kawan2.
Drum Pedal

Nampak tak pedal yang melekat kat bass drum tu? haa tu la pedal yang dipijak untuk
mengetuk bass drum. Dia ada spring untuk melantunkannya semula kebelakang. Yang ini
dipanggil single pedal. Basic drumming memang pakai single pedal. Pernah dengar perkataan
double pedal?twin pedal? haaa tu adalah pedal berkembar,yang mana ada dua
beater(kepala pengetuk) untuk mengetuk bass drum. Ini juga bermakna ada dua pedal untuk
dipijak menggunakan kedua-dua kaki. Ini la rupa double pedal tersebut :

Double pedal ni digunakan untuk menambahkan lagi bunyi bass,dan merumitkan serta
memeriahkan lagi stroke drum. Double pedal ni biasa dugunakan oleh drummer band2 metal,
post-metal,deathcore, death metal, hardcore,post hardcore, dan segala2 yang keras la
senang cerita. Contoh band yang drumming double pedal : Slipknot, Metallica,
All Shall Perish, Suffocation, Hate Breed, Avenged Seven Fold, System of a Down dan macam2
lagi.... Aku sendiri ada double pedal,jenama Gibraltar yang membuatkan aku semakin
menajamkan skill dengan note2 yang makin mencabar,laju dan lebih teknikal hoho....
Drummer2 hebat dengan kit ganas masing2

Mike Portnoy of Dream Theater

Carl Palmer

Christ Adler of Lamb of God

George Kollias of Nile

Joey Jordison of Slipknot
So...???
Ok nampak nya dah panjang berjela aku terangkan pasal drum ni. Ni baru introduction je
kawan2,belum masuk term2 drum,note2 atau skil2 dia lagi haaaa...sebelum belajar
main drum,kena tau dulu semua benda2 yang dah diterangkan di atas. Apa yang diterangkan
ni memang tak akan jumpa kat mana2 artikel,sebab artikel2 atau buku biasa nya
menerangkan secara teknikal dengan term2 yang pening nak faham,even
"drumming for dummies" pun aku pening baca. Jadi penerangan ni semua adalah untuk
beginner,yang mana langsung tak ada idea apa benda drum tu. Apa yang aku tulis ni
berdasarkan pengalaman aku berkongsi ilmu drumming dengan kawan2 yang tak reti main
drum,jadi aku tau apa yang mereka nak tau dan belajar pasal drum ni. So dah tau kan serba
sedikit pasal drum?jadi apa lagi,cepat study video2 dan lagu2 peberet korg,bandingkan dan
tengok macam mana mereka main drum. Aku akan sambung beri tunjuk ajar pasal drum lagi
dalam entry akan datang ye,kena belajar sikit2 baru la jadi bukit wahahahahahahahaha!!!!!
Lastly nak tunjuk sample video drummer otai tunjuk contoh skill drum
George Kollias
to be continued...


















