Lama benar aku tinggalkan ruang blog aku ni. Sebelum ni kemain rajin bebenor update tapi ni bila tinggal terus senyap membisu. Cuma ada beberapa entry aku yang still orang view macam entry "Siot,ajar aku main drum!". Aku baru balik dari Sabah,selama seminggu aku di Sabah untuk bertanding di Festival Teater Dekon Makum 2011 di Universiti Malaysia Sabah. Entry berkenaan festival,lakonan,naskah yang aku bawak akan ditulis kemudian dengan lebih detail. Aku lama tak menulis dalam blog sebab aku serabut dengan kerja yang macam2, buat aku hilang mood,dengan macam2 hal lagi, jadi aku pun jadi malas nak merangka ayat untuk menulis. Entry ni pun aku tulis sebab aku terasa amat la bosan dan mengantuk dekat office ni errghhhhh..(cubaan mengeliat).
rehearsal Dekon di Dewan Resital UMS
Sekarang aku pulak tengah pening nak siapkan report LI aku, dengan nak siapkan log book lagi, siapkan kerja office lagi,memikirkan hal penempatan kolej masa cuti lagi,haduiii... takpa lah,buat je asalkan boleh asalkan sempat ye. Ok nak sambung buat keje,selagi aku nampak tab laman sosial kat atas ni,selagi tu la aku tak kusyuk,adusss....
First year di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ni agak jakun bagi aku sebab aku excited nak tengok cara hidup u yang kononnya stylo milo la,konon2 bila someone yang berkaca mata itam bergaya ala2 Joe Flizow berselisih dengan member akan cakap "hey bro,wuzzup,kemon laaa..."huh bertapa drama samarinda nya situasi tersebut. Aku agak terbayangkan benda2 tersebut sebab di tv memang biasa kita ditabur dengan scene kehidupan kolej yang serba style and mewah,up-to-date,uptown,kanye West atau paling koman Justin Bibirrrr... Nak kata aku tak pernah melawat u tak la jugak,aku biasa je masuk UIA masa abang aku study dulu,tapi UIA student2 dia stylo ye rakan2,sebab banyak pengaruh golongan2 arab yang bijak berfesyen serta manis dipandang. Gadis2 Melayu di UIA pun dah rupa macam arab, weewit!!
Hakikatnya dalam pemerhatian aku di UTM masa 1st sem, gadis2 serta jejaka2 UTM ni kebanyakannya berupa skema dan muka pelajar cemerlang,yang mana si gadis bertudung bawal pin satu mengepit buku sebesar yellow pages sambil menyandang beg sekolah swan dan tidak dilupakan cermin mata menandakan wajah terpelajar. Si jejaka tak kurang smartnya jugak dengan rambut belah ala2 Tomok zaman pra-matang,berbaju kolar tight in betulis nama semua ahli kelab membaca dibelakang baju,berseluar slack hitam licin dan juga berkaca mata berjalan menuju ke library...Mata aku meliar memerhatikan masyarakat sekeliling dan berkata dalam hati "wat de ikan is dis?" ini macam situasi masa aku di mrsm dulu je? (takda la semua macam tuuu...ada segelintir la..ni hanya diskripsi yang berlebihan ye kawan2)
Yaa...secara ringkasnya aku menyatakan bahawa student2 disini kebanyakannya kurang style,iaitu kurang mengambil penampilan diri sebagai satu asas kepada kehidupan seharian (ah ngata orang,aku lagi la selekeh bagai). Tempat dimana aku boleh jumpa remaja2 stylo kebanyakannya di Fakulti Alam Bina (FAB),ini terbukti benar dan diakui oleh ramai sahabat handai.Kenapa mereka di FAB dikatakan stylo?Mungkin sebab mereka secara puratanya adalah orang2 seni yang melukis, bermuzik, designing, photographer, dan macam2 lagi..harus diakui yang dalam banyak2 event dalam UTM ni,event yang budak2 FAB buat paling bez dan stylo bagi aku. Sepintas lalu di fakulti ni aku akan dapat melihat gadis2 yang seumpama Yuna dari tepi, Hana Tajima dari belakang dan Hanis Zalika dari sudut mata jelingan manja.
"budak2 UTM ni tak meriah ah,gaya skema dan muka focus belajar sangat, bosan gua"
Tapi itu duluuuuu......
Sekarang tahun makin berubah,masa berputar dan bumi berjalan..eh?bumi berputar dan masa berjalan dalam arus kemodenan yang serba canggih facebooktwittertumblerblogspot ini,aku melihat perkembangan fesyen yang semakin rancak di UTM ni.Yaaaa semakin rancak,tahu? Kalu aku katakan 1st year dulu hanya budak2 FAB yang style tapi kini tidak lagi ye rakan2,mata aku yang selama ini kuyu mula meng"scan" jiwa2 muda UTM yang semakin meriah! yang jejaka dah makin ramai berupa ala2 pelakon jambu Twilight dan rambut tajam Super Junior saranghaeoooo... Ada kadang2 sekali pandang ala2 Anu dalam botol,eh?silap, ala2 Anuar Zain,ada sekali pandang macam Bienda,sekali jenguk ala2 model tudung majalah Nur.
Owh baru la segar jiwa2 UTM,gara2 pengaruh internet dan personaliti hiburan yang menerapkan gaya2 style berhijab. Yuna?yaaaa Yuna adalah salah satu fenomena gadis music bertudung yang memberi inspirasi kepada gadis2 supaya lebih bergaya,sopan walaupun menutup aurat (terlalu subjektif,bergantung kepada nawaitu masing2). Yuna yang baru2 ni telah membuka butik label beliau sendiri iaitu IAMJETFUEL di Subang. Haa moh singgah2 blog beliau http://iamjetfuelshop.blogspot.com/
Disamping ramai pengusaha2 kedai maya yang menjual tudung dan fesyen2 pakaian terkini yang secara tidak sengaja mempengaruhi pemikiran remaja dalam berfesyen (shawl,selendang,beg,baju renda2 bagai), terdapat juga pengaruh luar yang agak meransang mereka iaitu Hana Tajima,weewit! Yaaa beliau berada jauh nun di England tetapi berjaya mempengaruhi ramai gadis2 disini supaya melilit kain2 secara tunggang terbalik di sekeliling kepala mereka.Owh,ni aku memuji bukan mengata,aku sendiri me"LIKE" page Hana Tajima dan blog beliau http://www.stylecovered.com/
Ok korang memang nice untuk mengikut style Hana Tajima,Yuna,Simply Siti,atau hetty Koes Endang,tapi ingat juga nawaitu you all berfesyen itu. Fesyen ni sebenarnya meningkatkan self confidence, self esteem, menaikkan mood, menyebarkan aura positif jika kena gayanya. Owh satu lagi,ia juga akan meningkatkan market anda juga sebagai contoh, muka anda yang kurang cerah atau bujur sirih dan hanya memakai pakaian baju rumah sukan sekolah,dengan seluar jeans baggy lalu memakai tudung bawal ber"pin" satu dan lepas tidak di ikat,market anda mungkin hanya sekitar 20% sahaja,dimana anda perlu superimpose wajah serta gaya anda menggunakan photoshop untuk dimuat naik menjadi profile picture buku muka. Dan setelah anda meng"study" beberapa teknik mengikat shawl di you tube,dan meng"order" secara online baju2 serta skirt panjang Hana Tajima,yaaa anda tidak dipandang sebelah mata seperti dulu lagi,anda kini market meningkat ke 55.5% peratus! yaa...anda tidak lonely lagi dimana ramai yang menjeling ketika anda sedang ambil nasi di cafe,beratur di mesin atm,serta dilemparkan senyuman manis oleh pak guard ketika keluar dari campus.
Jadi secara sepontannya aku nak nyanyikan lagu "Cek Mek Molek" M.Daud Kilau,gelek bang gelak ewahhh!!!!
Hohoi rodong2,kawang2,saing2,teman2,kawan2,rakan2,sahabat2,member2 sekalian. Korang suka ke main alat music? Dalam banyak2 alat music yang aku main, tetap drum jugak yang menjadi minat orang untuk mintak aku ajar cara nak main. Aku bukan bagus sangat main drum,tapi untuk tunjukkan basic drumming boleh la hehehe..
Aku (still develop skill scream/vox sambil drumming)
Ok meh sini nak ajar korang yang nak blajar main drum,bagi yg dah pro dan terer sila jangan ngada2 nk amek tau,jauh2 sket ni untuk yang baru nak main jek hehe..
Satu benda nak bagitau tentang drummming ni,ia adalah sesuatu yang complex dan tak boleh suka2 dimainkan ikut suka hati dengan mana2 lagu. Haaa mesti tertanya-tanya kan? Korang mesti tau music2 jenis raggae,ska,pop,joget,jazz,punk,pop punk,hardcore,metal,metalcore,post hardcore,death metal,brit pop dan sebagainya kan, tapi boleh ke korg bezakan bentuk2 drum dalam lagu2 tersebut? frankly speaking,aku pnah jumpa ramai drummer yang tak tau bentuk2 drum dalam genre2 lagu ni,dorg just tau drumming stroke,pattern genre lagu yang dorang bawak je,ish sedih jugak dengan dorg ni...(aku pun takda la tau semua,tapi atleast tau la jugak nak bezakan). Kenapa aku tekan kan benda ni?Sebab benda ni yang akan mendatangkan masalah kepada sesebuah band bila nak cipta lagu nanti. Stroke pattern drum yang salah dan berlebihan akan membuatkan lagu tu hancur dan ke laut,takda bentuk..bayangkan wat lagu
brit pop(macam artic monkey) tapi drumming style metal,siap dengan double pedal la,blast sume cukup,tak ke lari tajuk tuh?? Tak salah kalau nak mix element, tapi make sure rangka basic tu betul. Punk ada trademark die, metal pun, apatah lagi reggae dan ska!
Setiap jenis lagu atau genre ada pattern atau trademark drum yang tersendiri. Contohnye
lagu jazz,lebih mementingkan "groovy" dan teknik2 yang digunakan lebih complex dan meriah. Bagi lagu bentuk punk pulak, lebih mementingkan kelajuan dengan stroke yang simple dan straight foward, adrenaline rush kata orang muda hehe (cuba dengar The Offspring, NOFX)..Antara metal dan hardcore juga ada perbezaan permainan drum nye ye kawan2,walaupun nampak macam sama tapi sbenanya ade elemen2 yang berbeza diterapkan dalam lagu2 genre tersebut.
Sumpah aku cakap jazz memang susah,aku memang takut dengan drum pattern jazz, metal pulak menguji ketahan otot2 kaki dan tangan dengan kelajuan dan perubahan beat yang mendadak.. biasanya drummer yang mahir dalam classical dan jazz music memang terer ah,
juga drummer band metal serta hardcore, dorg lebih energetic dan menggunakan beat2 yang complex.
Ok penat jugak membebel neh,minum air jap (sruppppp..ahhh)..sebelum main drum,atleast
tau la serba sedikit pasal info drum ni ye kawan,so that kita ready la nak study lagu2 untuk
dibawak berjamming hehe...
Hah sekarang tiba masa kita belajar pasal drum kit pulak!
pandangan belakang drum
A.Snare
B.Tom Tom
C.Floor Tom
D.Bass
E.Hi-Hat (cymbal)
F.Crash Cymbal
G.Ride Cymbal
A.Snare
Snare drum ni adalah antara kompenen utama drum,kalau takda snare maka tak jadi la
drum nya. Snare ni bunyi die "tak tak" bila kita ketuk dengan drum stick. Kita biasa dengar
orang ketuk drum bunyi "dum dum tak" kan,haaa yang "tak" tu adalah snare. Snare ni akan
ditempatkan di celah kangkang drummer,dan disokong oleh snare stand. Snare ada macam2
saiz dan bunyi,ia juga harus di "tune" kan untuk mendapatkan tone yang baik,
haaa ingat gitar je ke boleh tune?hehe... Kalau nak tau ye kawan, bunyi snare atau
ketegangan snare melambangkan jenis2 music yang tertentu.
Kalau snare untuk reggae, nyaring sikit "tang" bunyi die. Kalu punk pulak lebih kecik bunyi die
"tat tat" begitu..(kena dengar sndiri baru tau perbezaan)..
sebab itu setiap drummer ada snare sendiri yang hanya mereka saje yang sesuai pakai
untuk music yang mereka main. Bunyi snare ni dipengaruhi beberapa faktor,antaranya
ketegangan skin (kulit drum yang diketuk), jenis kayu/komposit snare,wire snare
(dibawah snare ade wire yang menggetarkan snare), dan juga jenis skin.
B.Tom Tom
Tom tom ni sebenarnya ada banyak saiz,dan tidak semestinya cuma ada dua tom dalam satu
drum set,satu pun cukup. Tapi kebiasaan band metal yang otai akan pkai banyak tom dan juga
cymbal,sebab drumming dorg lebih kompleks dan memberi impak kepada lagu supaya
menjadi lebih feel dan ganas. Saiz tom memainkan peranan,dimana semakin besar saiz
diameter tom tersebut semakin rendah bunyi tone nya. Susunan tom dalam drum set adalah
kiri ke kanan,iaitu yang paling kecik di kiri dan makin besar ke kanan. Di ingatkan tom
takda wire kat bawah dia macam snare.
C.Floor Tom
Ini floor tom yang mana tom yang ada kaki,haha...spesis tom tom,tapi tone dia rendah ye.
D.Bass
Bass drum ni letaknya di kaki drummer,dimana ia tidak diketuk menggunakan drum stick
tetapi menggunakan bass pedal. Pedal ni kita pijak pakai kaki ye (memang la,mana ada
pijak pakai tangan or lutut pulak). Kalau dalam lagu kita dengar bunyi "dum dum tak",
ha yang "dum" tu la bunyi bass.
E.Hi-Hat (cymbal)
Ini adalah kompenen yang selalu sangat orang tanya aku cmne nak main benda ni.
Senang je kawan2,benda ni berkaitan antara cymbal(piring) dan juga
pedal stand(ada pedal kat stand dalam gambar atas). Cymbal hi hat ni adalah berkembar
atas dan bawah,saling bertemu ye.Bukaan antara dua bilah cymbal tu boleh di adjust,
ikut suka la nak jarak kan berapa asalkan memenuhi keperluan. Apabila pedal dalam keadaan
tidak dipijak,piring itu akan kekal dengan jarak renggang (macam gambar atas),
tetapi apabila kita pijak,maka tertutup lah piring tersebut atau kedua piring tersebut
menjadi rapat dan bertemu.(ayat kaw2 satera neh haha). Keadaan pedal yang tak dipijak
dinamakan "open hi hat" manakala bila ia dipijak maka "close hi hat".
F.Crash Cymbal
G.Ride Cymbal
Cymbal ni ada bermacam2 saiz dan jenis,dimana setiap dari itu menghasilkan bunyi yang
berbeza2 mengikut citarasa lagu,genre dan minat drummer. Jenis dan bunyi cymbal juga
menyumbang kepada perbezaan genre lagu,sebab bunyi yang lebih keras dan lantang
biasanya digunakan dalam genre metal.
Drum Stick
Drumstick ni ada macam2 jenis sebenarnye, bergantung kepada jenis drum dan bentuk
permainan. Untuk standard drumming biasa,menggunakan kayu yang lurus dan
kepala tirus seperti dalam gambar yang Joey Jordison (drummer Slipknot) pegang ni.
Drumstick juga ada berbagai jenama,saiz dan jenis. Ada yang kayu,ada jugak yang plastik.
Saiz dan density drumstick memainkan peranan penting kepada drummer.
Ada drummer yang suka stick ringan,ada pulak yang suka panjang,ada jugak suka yang
padat dan berat. Bila terdapat macam2 jenis drumstick,bunyi ketukan yang dihasilkan
jugak akan berlainan. Beza kan kalau ketuk kepala hotak dengan besi ,dan dengan kayu..
betul tak?heeee... cara pegang stick mempengaruhi permainan dan efficiency drumming,
ni akan diterangkan kemudian ye kawan2.
Drum Pedal
Nampak tak pedal yang melekat kat bass drum tu? haa tu la pedal yang dipijak untuk
mengetuk bass drum. Dia ada spring untuk melantunkannya semula kebelakang. Yang ini
dipanggil single pedal. Basic drumming memang pakai single pedal. Pernah dengar perkataan
double pedal?twin pedal? haaa tu adalah pedal berkembar,yang mana ada dua
beater(kepala pengetuk) untuk mengetuk bass drum. Ini juga bermakna ada dua pedal untuk
dipijak menggunakan kedua-dua kaki. Ini la rupa double pedal tersebut :
Double pedal ni digunakan untuk menambahkan lagi bunyi bass,dan merumitkan serta
memeriahkan lagi stroke drum. Double pedal ni biasa dugunakan oleh drummer band2 metal,
post-metal,deathcore, death metal, hardcore,post hardcore, dan segala2 yang keras la
senang cerita. Contoh band yang drumming double pedal : Slipknot, Metallica,
All Shall Perish, Suffocation, Hate Breed, Avenged Seven Fold, System of a Down dan macam2
lagi.... Aku sendiri ada double pedal,jenama Gibraltar yang membuatkan aku semakin
menajamkan skill dengan note2 yang makin mencabar,laju dan lebih teknikal hoho....
Drummer2 hebat dengan kit ganas masing2
Mike Portnoy of Dream Theater
Carl Palmer
Christ Adler of Lamb of God
George Kollias of Nile
Joey Jordison of Slipknot
So...???
Ok nampak nya dah panjang berjela aku terangkan pasal drum ni. Ni baru introduction je
kawan2,belum masuk term2 drum,note2 atau skil2 dia lagi haaaa...sebelum belajar
main drum,kena tau dulu semua benda2 yang dah diterangkan di atas. Apa yang diterangkan
ni memang tak akan jumpa kat mana2 artikel,sebab artikel2 atau buku biasa nya
menerangkan secara teknikal dengan term2 yang pening nak faham,even
"drumming for dummies" pun aku pening baca. Jadi penerangan ni semua adalah untuk
beginner,yang mana langsung tak ada idea apa benda drum tu. Apa yang aku tulis ni
berdasarkan pengalaman aku berkongsi ilmu drumming dengan kawan2 yang tak reti main
drum,jadi aku tau apa yang mereka nak tau dan belajar pasal drum ni. So dah tau kan serba
sedikit pasal drum?jadi apa lagi,cepat study video2 dan lagu2 peberet korg,bandingkan dan
tengok macam mana mereka main drum. Aku akan sambung beri tunjuk ajar pasal drum lagi
dalam entry akan datang ye,kena belajar sikit2 baru la jadi bukit wahahahahahahahaha!!!!!
Out Worn Shoes sebenarnya memang dah lama nak keluarkan ep,akan tetapi...setiap ahli band bz study kat u lagi kan,jadinya dapat keluarkan beberapa single jek selama beberapa tahun ni. OWS planning nak keluarkan ep hujung 2010 tetapi disebabkan kekangan masa study,terpaksa la tangguh lagi..uuuUuuhh..Akan tetapi,OWS tekad akan setelkan jugak ep tu dalam tengah tahun ni dengan beberapa lagu baru dan lama,bila dicampur ada la dalam 9/10 track haa...banyak la pulak kan hahaha...jadi nak tunjuk video rekoding untuk ep yg akan datang.
so guys,here's the promo clip for OWS upcoming ep =)
Apa pandangan anda mengenai dunia blog darsawarsa kini :
Tiada sempadan dan tiada kompromi. Blog merubah berbagai perkara yang di dunia nyata sebagai contoh, seseorag yang pasif didunia nyata menjadi aktif dalam dunia blog,seseorang yang perniagaannya kurang maju di dunia nyata,laris dalam dunia blog,seseorang yang takda market dalam duni nyata,marketnya tinggi dalam dunia blog. Blog tidak salah,tetapi penggunanya yang selalu menyalahgunakan.
Pandangan anda mengenai IPTM (institut pengajian tinggi maya) pertama ini:
Saya melihat ia sebagai idea yang baik dimana bimbingan dan kongsian dapat dilakukan sesama blogger tidak kira yang senior atau yang junior. Sedikit sebanyak dapat menerapkan nilai2 etika yang baik dalam penulisan blog.
yeay!saya masuk u smula hahahaha!!!!
alamak,mggu orientasi ni org kate biase kena buli,makk takot!nak balik!!! wuuuuu T-T
Malam ni rasa macam nak feeling2 emo la,apa macam?haha... Selama bertahun2 aku berkarya dalam muzik,aku tak pernah menyangka yang buat lagu Melayu ni susah jugak rupanya. Sebab susunan kata2 ni adalah jiwa atau soul sesebuah lagu,tu belum kira punch word masuk dengan melody dan muzik lagi haaa...
Kisah aku dan Out Worn Shoes
Selama dengan Out Worn Shoes kitorg memang buat lagu english la sebab band rock kan,anak2 muda skang memang suka benda2 barat neh,bajet omputih hahahaha(aku le tu)...Bukan macam tu la,sebabkan genre band aku ni dulunya emo punk,jadi influence pun lagu2 omputih macam Finch, Silverstein, Funeral For A Friend dan macam2 lagi la. Masa mula2 kitorg buat Out Worn Shoes ni,kitorg bermula dengan punk rock,tapi disebabkan ada yang minat alternative,ade yang minat metal,hardcore la,so kitorg pun beralih kepada genre emo punk la lebey kurang.Masa tu kat Malaysia tak banyak lagi band yang macam kitorg,around tahun 2004. Benda ni Ayul iaitu bekas band metal Pick Cell sendiri yang bagitau selepas kitorg buat recording kat studio dia.
Lagu Melayu la pulokkkk!
Selama Out Worn Shoes (OWS) ni bermuzik,memang tak pernah terfikir nak buat lagu Melayu apatah lagi nak perform lagu Melayu. Tiba2 ntah macam mana aku dapat seru nak buat lagu Melayu. Aku memang tak planning nak buat tajuk pasal apa,jadi pada suatu petang yang hening lagi indah,aku pun melepak di rumah Agym (gitaris/bespren gua,http://ecitenoid.blogspot.
com/) kat Taman Sentosa Raub. Masa tu aku dengan Agym memang nekad nak buat lagu Melayu tapi konsep berat sikit,ala2 The Devil Wears Prada,Bring Me The Horizon,atau paling koman Eyes Set To Kill. Masa tu aku suruh Agym cari kod gitar,dan ternyata Agym memang excited sebab dia memang suka bentuk lagu camtu..Kitorg memang suka lagu2 yang headbanging dan scream hoho...
Petang tu dari tgh hari memang kitorg pulun cari rangka lagu sampai ke senja,Agym memang letih gile ah,aku lak dah macam coach rugby paksa Agym setel kan jugak sambil bagi idea2 bernas. Akhirnya dapat jugak la raw recording gitar...sambil melepak design logo OWS,aku dan Agym mencari melodi2 yang sesuai untuk lagu ni,dan Agym dengan gayanya berjaya mendapatkan melodi verse dengan hanya guna perkataan "dadadadi dada dida didi dadaaa" hahaha....
Idea suda mariiiii...
Hah,tugas aku pulak adalah menyetelkan lirik lagu ni...haaa kat sini la aku mula mengorek kisah2 yang boleh dikupas isunya. Bila nak buat lirik lagu je aku memang pening kepala,tau sebab apa? Sebab lagu lagu aku bentuk lagu omputih,tapi nak buat lirik Melayu,uuuuuhhh blank ooo.. Ok takpa,disebabkan aku ni peminat muzik2 serta lagu2 klasik,asli,langam,keroncong dan sebagainya,aku dengan berjiwa seni nya bertapa selama beberapa hari study dan feel lagu2 lama. Hah,aku menanam hasrat untuk menyanjung bahasa2 indah kerana bahasa Melayu itu indah,bila kita lihat lagu2 lama,lagu2 asli,semuanya berdasarkan puisi,pantun dan luahan isi hati. Kenapa lagu2 lama ni dapat bertahan?Sebab ada jiwa dalam lirik,lagu dan apa yang nak disampaikan.
"Setiap karya seni itu perlu mempunyai jiwa yang diterapkan oleh pengkaryanya,
Jika tidak,ia hanyalah tin kosong yang tiada makna." - Emim OWS
Aku siapkan lirik ni dengan penuh sentimental sebab kisah yang aku sampaikan agak mendalam dan bahasa yang aku gunakan sedikit tersirat kerana ia adalah penceritaan yang digambarkan dengan perasaan dan emosi di setiap bibit lirik dari mula sampai la habis. Joe(vocalis/bespren) pernah argue dengan aku dan Agym,dia kata lagu ni best kalau wat english, dan word aku macam mendalam sangat,dia suruh repair kasi straight sikit. Tapi aku berkeras nak lagu ni dalam Melayu dan lirik tu jangan di ubah sebab aku dah masukkan jiwa aku dan emosi aku dalam lagu tu. Drum jugak aku create supaya ada energy (adrenaline kata org hehe).
Tajuk Lagu "Mestika Melara"
Tajuk ni agak unik bagi aku,iaitu Mestika Melara. Apa maksud mestika?? Mestika ni bermaksud sesuatu yang sangat berharga/bernilai, seperti batu permata, atau orang yang sangat dikasihi. Jadi mestika dalam lagu ni merujuk kepada kekasih hati pencerita. Melara pulak amenda? Melara tu adalah suatu perbuatan membawa hati yang duka,gundah gulana,sedih.. Aku dapat tajuk Mestika Malara ni dari sebuah naskah teater dekon(deklamasi lakon) yang ditulis oleh Manira Kama Sukma. Tajuk sebenar naskah ni adalah "Mestikah Mestika Melara" berkisarkan mestika iaitu tuan puteri/seri panggung dalam teater bangsawan yang menjadi rebutan 3 jejaka. Aku la yang blakon dalam teater ni. Teater ni di pertandingkan di Festival Teater Dekon di Univesiti Malaysia Sabah (UMS) tahun 2010. Aku dah mintak kebenaran punulis untuk pakai tajuk Mestika Melara dalam lagu aku ni hehe...
Kisah disebalik lirik
Cerita dalam lagu ni adalah kisah benar seseorang bernama Ali (bukan nama sebenar) yang mana Ali dalam keadaan konpius dan tensen dengan keadaan kekasih hatinya yang tiba2 blah dan manjauhkan diri. Ali tak tau apa problem kekasih dia tu ntah,macam tiba2 je ignore macam Ali tu buat salah besar sesangat. Padahal dulu meraka hepi, bahagia takda masalah. Jadi lagu ni motif dia nak menyampaikan persoalan kenapa gadis dia pergi melara hati,dan jiwa dia betul2 terseksa dengan pemergian gadis beliau.Dalam lagu ni jugak ada flash back dimana Ali terkenang keindahan masa mereka bersama dulu. Tapi Ali harus lupakan benda2 tersebut sebab life must go on kan... Kalau perasan,ada vocal perempuan dalam lagu ni,yaaaa itu adalah vocal penyanyi jemputan kitorg iaitu Naza a.k.a Anabella Momoque! http://momoquegilermusic.blogspot.com .
Nyanyian beliau mewakili isi hati si gadis yang sedang melara tersebut..Aku lupa pulak nak mention yang ada 5 vocal dalam lagu ni sebenarnya,nak tau sape?haaa...ada suara Joe (ofkos la dia kan vocalist),ada suara Agym (kat part "pelangi..") ada suara aku(yg scream n growl tuh) dan juga Jering (support jerit2 tuh)..senang cite semua ada la haha!
Recording Session
Recording dijalankan di Artrax Studio,Bangi pada Disember 2010,ada la dalam selepas setahun/dua tahun lagu ni dicipta. Ni beberapa gambo yang sempat di snap.
Jadi ini la dia hasil karya aku,Agym,Joe dan juga Jering,lagu Melayu pertama OWS!
Hayati maksud lagunya,ia mungkin pernah terjadi kepada diri anda.
Jemput layan audio dibawah ye,terima kasih =).
(maaf audio kurang memuaskan,vocal agak tenggelam)
the name is Emirul Adzwan bin Yahya. birth in 1988,22nd Dec. currently studying at UTM Skudai,JB. My passions are Psychology, science, philosophy, Islam, history, cultural, family, literature, arts(theater, drawing,singing,drumming,music,film). Purely from Pahang, Raub+Temerloh. Some call me Emirul, the band call me Emim, and those college friends call me Siot.. (bajet gile speaking omputih!)