Awok nok Berlumbe dgn Usop Wilcha!


Assalamualaikum wbt..


Awok rase jeles pulak nengok si Usop Wilcha tu naik pentas AJL pakey wilcha. Ate nye awok rase nk cabor Usop untuk racing, kite tengok sape lagi power,wilcha Usop atau troli Siot!


(sambil tangan kanan meliuk-liuk)




Technical specifications

Nampaknya kedua-dua peserta kita sama hebat kenderaan mereka, masing2 juga
mempunyai penyokong yang melebihi sejuta orang!
Adakah selepas ini berlaku persaingan sengit?ahhh !!!!(mc nervous)

Mari sama-sama kite interview mereka,dengar ape manifesto dan kata2 peransang mereka,
zasssss!!!!






OOOOooo begitu hebat mereka bertikam lidah sehingga terluka usus perut!


Kate-kate terakhir dari Siot Troli :


Siapakah akan bakal mendapat gelaran Raja Trek Kampung Pisang?
saksikan LIVE Ahad ini di Astro Prima jam 5 petang.



Penaja rasmi :


Jatuh Kepadaaaa.....Noorkhiriah!!

Assalamualaikum wbt..

Kehangatan Anugerah Bintang Popular Berita Harian semalam memang dirasai semua peminat seni tanah air dengan pelbagai gelagat artis dan gimik yang mengejutkan (paling menarik Usop da Wilcha haha). Tahniah kepada semua yang mendapat anugerah,sememangnya mereka popular dalam bidang masing2 baik artis yang baru atau yang sudah lama bertapak dalam industri.

Malam tadi,sambil menunggu nasik putih telur bungkus yang di order sampai,mata ralik menonton ABPBH yang ketika itu berlangsung anugerah Pengacara Radio Lelaki Popular. Tahniah FBI (tepuk3). Sambil mengunyah hidangan,ada satu anugerah yang ditunggu-tunggu tiba,itulah dia Anugerah Artis Komedi Wanita Popular! Antara calon-calon adalah Sharifah Syahira,Kak Engku,Kak Qi (Noorkhiriah),Didie Ilias dan Kenchana Dewi. Sememangnya agak berdebar bila menunggu keputusan,mana tak nya calon-calonnya hebat. Dan keputusan nya adalah......trerrrrrr(drum roll) tata!!! Noorkhiriah!!!



Noorkhiriah atau family aku panggil Kak Qi adalah seseorang pelakon wanita yang berbakat serta gigih dalam career lakonan ni. Kak Qi adalah anak angkat kepada mak,dan family dia dan kami memang rapat sejak dari kecik lagi. Semasa remajanya Kak Qi bekerja dengan mak kat ofis dan rumah kami menjadi rumah kedua Kak Qi untuk melepak dan membuat bermacam-macam aktiviti seharian semasa di Raub,Pahang. Rumah kami dekat je,jadi memang hari-hari la melepak sama-sama. Pada awal 90 an' Kak Qi melangkah ke dalam bidang lakonan,waktu itu umur dalam 20 an'. Selepas sibuk berlakon,memang agak jarang dapat jumpa dengan Kak Qi,tapi kalau raya sememangya dia akan datang beraya ke rumah.
Kak Qi ni sememangnye sempoi orangya,low profile, kelakar dan kecoh haha. Aku memang tak pernah memandang kak Qi sebagai pelawak/pelakon lawak,tapi lebih kepada pelakon berbakat yang versatile dan hebat,dengan pembawakan emosi dan penghayatan watak memang memperlihatkan kesungguhan Kak Qi dalam lakonannya. Walaupun tidak memiliki ketinggian dan rupa paras ala model seperti Fasha Sanda atau Juliana Evans,tetapi bakatnya jauh melebihi mereka. Kak Qi pernah beberapa kali mempelawa siapa2 family kami untuk berlakon tapi disebabkan kerja masing2 memang tak dapat la nak join berlakon (masa tu aku sekolah lagi hoho).


majlis perkahwinan angah (aku cameraman haha)


sesi photo shoot produk Young Cafe' di Istana Budaya
(kiri family Kak Qi,kanan family aku)

poster produk Young Cafe' (aku: bawah kiri hehe)


Serba sedikit filem-filem yang pernah Kak Qi blakon :
Antara anugerah :

2006 : Festival Filem Malaysia ke 19 - Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
2007 : Anugerah Skrin 2007 - Pelakon Pembantu Drama Wanita Terbaik
2008 : ABPBH - Artis Komedi Wanita Popular
2009 : ABPBH - Artis Komedi Wanita Popular
2009 : Festival Filem Malaysia ke 22 - Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
2010 : Anugerah Skrin 2010 - Pelakon Drama Wanita Terbaik
2011 : ABPBH - Artis Komedi Wanita Popular



Aku ada menanam cita-cita satu hari nanti untuk bergandingan dengan Kak Qi dalam mana2 filem,drama atau pementasan.Ia adalah sesuatu yang membanggakan. Lagi menarik kalau cerita itu berkisar tentang masyarakat Pahang yang meggunakan loghat Raub disebabkan family kami memang pekat loghat bahasa Pahang bila bercakap hehe...

Semoga Kak Qi terus maju jaya dalam career dan semakin murah rezeki,amin...oooyeahhh....!!

Filem Gandingan Mantap:Lisa Surihani,Bront Palarae,Saheizy Sam,adik Miasara

Trailer filem Sekali Lagi


Apa Kau Serabut Sangat Bila Nak Exam?



Assalamualaikum wbt...

Dari masuk darjah 1,dengan memakai baju putih dan berseluar biru gelap sambil botol air gambar otromen tergantung di leher, sampai la dah besar berjanggut bagai macam ni memang tak habis2 dengan benda keramat yang menghantui jiwa iaitu EXAM!hahaha

Exam atau dalam bahasa France orang panggil examen, sememangnya mencipta pelbagai senario lawak dan juga tragis haaa.....

Masa zaman sekolah rendah dulu,aku sendiri tak tau apa benda UPSR tu, memang tak termaktub dalam kitab hidup untuk nak amek tau apa benda UPSR tu. Yang aku tau,aku jawab je apa benda yang cikgu suruh jawab. Bila dah dapat result,family aku suka benor tapi aku blur apa benda yang bez sangat dengan UPSR tu? Haaa bila dah masuk form 3 baru la tau apa tu exam-exam penting dalam sistem pembelajaran,baru gelabah aku nak target flat A hahaha (sebenarnya mak aku ugut kalo aku tak dapat result best aku akan dihalau dari rumah kekekeke takut woo)...

aku masa darjah 3



Kehidupan universiti ni takda la teruk sangat pun kalau nak dibandingkan dengan sekolah menengah dulu sebab kita ada banyak masa nak buat macam2, contohnya :

memancing,

beraktiviti dalam organisasi,

berendek ditepi tasik,

berkaraoke sumbang mambang,

mengusha gadis2 turun dari bas,

stay tengah malam untuk baling telur dan tepung kepada mangsa hari jadi

berjaga sampai pagi main buku muka,

main dota 12 jam tanpa henti,

tidur berpanjangan macam beruang sehingga ponteng kelas,

uhh dasyat kan,memang banyak sangat masa hoho...


Keserabutan

Menjelang minggu2 exam sememangnya hati kurang senang memikirkan apa yang tak study lagi. Kebiasaan aku akan study apa2 yang terlintas nak study,jadi meja study akan menjadi huru hara dan tunggang langgang dengan buku,nota,bahan hiburan,lukisan dan air nescafe bagi penerang hati hehe...

desktop screen yg penuh serabut dengan nota bagai


Fenomena dekat-dekat nak exam week

Kita akan biasa melihat kejadian2 dan dialog2 seperti berikut:

"ko g la makan dulu,nnt aku folo" sambil berkata kepada roomate dengan mata tepat kearah nota dengan mulut terkumat kamit.

"eh x pernah2 aku nmpk ko kt library,semangat benor!" kata kawan beliau dengan sinisnya.

"alaaa meja penuh la.." mengeluh sambil melihat setiap meja penuh dengan budak2 study group.

"xde mood la study,karok jom!" sambil disokong oleh rakan2 seperjuangan yang lain.

"wey ko dh print nota x?ade soft copy x?pinjam..." sambil buat muka seposen.

"ohh kemonnnn,lek la,exam mggu depan,study mggu dpn je la" sambil menghasut member yang tekun study.

"wey,ade nescafe?tongkat ali ke?kacip fatimah pon aku tibai" planning nak stay up.

"lek luuuuuu,layan muvie luuuu..." kaki sempoi yang tenang masa exam.

"eh,arini dah ari rabu ke?bkn ari ahad?" lalok,dah tak tau masa sebenar.

"aaaaaa!!!!!arrghh!!!!! soley soleyyyy.." tekanan jiwa yang melampau.


Exam final sem lepas paling gila!

Final sem lepas memang haru,bukan sebab study last minit atau tak prepare,tapi blok asrama aku dalam renovation toilet besar-besaran! Dah la satu blok air tak ada,tandas semua tgh renovate,tiap2 kali nak mandi atau melabur kena ke blok sebelah,selama study week dan exam week ye kawan2. Satu hal yang paling tensen adalah bunyi2 drilling yang bingit nak mampos,sampai bengap kepala hotak jadinya. Memang tak boleh study ini macam.

bilik air ni tgh renovate bagi macam hotel Hilton punya toilet

Disebabkan aku dan kawan2 yang rajin dan mahasiswa berwawasan (sambil mata pandang ke atas dan tangan ke bahu), kami sepakat berhijrah ke Perpustakaan Sultanah Zanariah bagi mencari sinar baru dalam mengulangkaji pelajaran acheeewah! Masa tu terasa seperti pelajar skema yang tuck in baju kolar dan memakai spec serta rambut belah tengah. First time rasa macam seorang mahasiswa hahaha..

tenang je study sini..tapi agak membosankan hehe

Sem ni aku praktikal,so tak ada la istilah exam dalam kamus hidup aku stakat ni wahahaha. Jadi kepada rakan2 yang tengah struggle nak exam la,test la,submission la,presentation la bagai ni aku ucapkan moga mahu jaya dan jangan stress kan diri.

Cuba banyakkan beramal ibadah dan beriadah bagi mengimbangi fizikal dan mental.

Jangan sampai bunuh diri pulak,sebab memang ade kes student yang stress dengan exam sampai gantung diri kt loker wowowo....

ahh,pening kepala ingat pasal exam ni,challoooooo00ooo.....

Stesen Bas Mengalahkan LCCT!

Assalamualaikum wbt...

Stesen bas Puduraya menjadi kenangan kepada ramai perantau2, golongan2pengemis, buskers2, peniaga2 majalah, pendatang asing,mahupun pelepak tegarkotaraya.

Dulu Puduraya memang gah tersergam di tengah2 ibu kota KL,menjadi nadi yg menghubungkan utara,selatan,timur dan barat negara. Runtuhnya stesen bas ni sama seperti runtuhnya penjara Pudu yang akan lenyap dari sudut pandang generasi akan datang,namanya yang mungkin diingati tetapi suasananya tidak akan dapat dirasai lagi.

Kenangan aku dengan stesen Puduraya ni agak banyak, kira sejak aku masuk asrama penuh dulu aku start blaja naik bus ekspres turun di Puduraya ni dari Muadzam Shah. Kekerapan aku turun di stesen ni menjadi lebih tinggi selepas aku study di Melaka dan Johor. Sepanjang aku menggunakan khidmat di stesen ni,ade beberapa renovation dilakukan sikit demi sikit,tetapi bila satu renovation besar-besaran dibuat,stesen ni dipindahkan ke Bukit Jalil.


Puduraya ni memang ramai "ulat" yg akan datang kpd korang dangan ayat

"abang nk g mane bang?tanya je ni,nk g mane bang?"

aku akan jawab "dah ade tiket,xpe2" (sambil tunjuk tiket bas yang aku pnah naik dulu)

aku saje tipu dorg hehe.


Stesen sementara Bukit Jalil,keadaan yang lebih kurang dengan sebelum ni,ulat tetap merata-rata. Kadang-kadang ulat ni menyesakkan otak,tp kadang2 membantu bile kita dalam keadaan terdesak. Pengalaman yang paling kurang ajar bila aku dikatakan naik bas pukul 3.30pm,tapi rupanya bas gerak pkul 5pm,cis! Kena tipu secara halus dengan ulat2 dan pengurusan bas. Salute kepada Transnasional yang on time (tepuk2). Satu je kurangnya stesen sementara ni,korg tak boleh nk melepak main game dekat arked, makan McD,KFC atau Kenny Rogers masa korang tunggu bas macam di Puduraya dulu hoho....


Stesen baru! Terminal Bersepadu Selatan


Tanggal 18 Mac,aku secara gamble nya pergi ke stesen bas Sri Puteri dalam pkul 6pm untuk balik ke KL,mana bas yang paling awal aku naik je,memang tak payah beli tiket awal2,bas ke KL memang banyak.


Sebaik melepasi tol Sg.Besi,aku berteka-teki dalam kepala otak

"bas ni turun kat Bkt Jalil ke stesen BTS??"

Akak aku pun mesej tanya turun mana,aku reply

"ni bas double decker,duk blakang,payah nak g tanye driver"

jadi aku pun duk diam2 tunggu mane bas ni nk hala.


Kejutan,rupanya2 bas ni turun di terminal baru,weewit! Setibanya di terminal,aku dah macam kagum dengan design dan kekemasan terminal ni. Siap ade signboard "Departure" wah,macam kat airport!


Bila turun je dari bas,aku semacam haruk tengok keliling dan dalam hati aku berkata "ooo ni la die rupenye,dri jauh nmpk mcm xde ape2,siap jugak akhirnye". Aku pun naik la eskalator dan mula terfikir kalau2 aku sesat kat tempat ni.

Amacam,cantik tak? bersinar2 je kan haha...(aku sempat snap beberapa pix ni je)


Yang agak menggerunkan, abang2 Polis yang menjaga pintu pelepasan (cuba tgk di sebelah kiri gambar). Sistem dekat sini memang kemas dan teratur siap dengan skrin besar yang memaparkan masa dan bas yang akan berlepas. Di setiap sudut akan ada flat screen untuk tunjuk masa perlepasan. Bagi aku,untuk satu perkhidmatan bas,tempat ni memang grand dan berbaloi kalo menunggu lama pon sebab tempat ni sangat la selesa dan selamat.

Tapi ni semua memang nampk gah buat permulaan,tak tau la kot 10 taun lagi akan berubah jadi macam Puduraya balik kan hahahahha...


Aku rindu suasana Puduraya hahahahaha.........noktah!

Apa Terjadi Apabila Kita Tau Kita Hampir Mati

Tick Tock - short film by Ien Chi


Blogging is Fogging

Assalamualaikum....

Blog Blog Blog Blog Blog Blog Blog Blog BLOG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
hadoi pening kpale gua dlm beberapa bulan ni. rase mcm x diam ngn mcm2 aktiviti yg agak memenatkan badan n kpale otak gua.....Last tulis blog rasenye taun lepas,huuuu lame 2 beb,cite byk gile yg aku nk kongsi tapinyeeeee aku cm mls pulak menulis (padahal bkn lame sgt pon nk menaip haha)...otak aku stuck,2 pasal aku kate "Blogging is Fogging" hahaha....alkisahnye aku ni kalo dh wat 1 bnda,mmg jd malas nk wat bnda len. Lpas 2 pulak kalo nk menulis,melukis,buat lagu or design ape2 aku mmg nk bnda 2 siap trus,xnk tggu2... so bile aku nk wat entry blog,aku suke bile menaip tym aku free btol n lapang dari memikir bnde2 yg menyesakkan otak haha...haaa tgk ni,kemain short form lagi aku taip,malas punye pasal kannnn....
aktiviti mmg bnyk start awal taun smpai la skang,actually start dri ujung taun lepas lg la..aku baru je lpas abes show teater Primadona Perahu Mimpi n aku rase lega nk mampos sbb aku dh dpt rehat sket. Btw,aku lutut aku injured ok spanjang latihan n show 2. Entry ni sekadar nk warm up kan perasaan menulis blog jek,supaya lpas ni aku dpt merajinkan smula menulis hahahah...lpas ni aku nk tulis blk ape aktiviti2 yg aku wat n bnde2 yg aku nk kongsi hoho...
ni serba sedikit pix aku tym teater Primadona Perahu Mimpi..InsyaAllah aku akan cerita detail sume pnglmn yg aku lalui dlm pementasan n latihan teater ni...




Risik-risik meja en.Siot

Hola! Assalamualaikum, slamat Ramadhan.....

skang bdk2 u dh mula cuti,rmai yg dh blk kg,tggl aku n beberape makhluk seumpamanya yg tggl kt blok neh.Selama bln pose ni aku mmg bz tahap gaban halilintar,aku hmpir tiap2 hri stay up n tdo lpas subuh,fuh ngncam btol kitar idup aku.Smlm aku telah mensetelkan dua test dgn bergayanye, lalu berakhir kemaruk kekusutan otak gua yg mcm tongkang pecah neh huh!!!

Skang aku dh kembali ke mood raye yippie!

tapi......

meja aku masih berselerak n mcm org sawan dah aku tgk!
mari kite usha sket meja gua yg telah menjalani hari2 yg sungguh sukar kerana trpaksa menatap muke aku ni tiap2 ari slama aku bertenggek dpn meja ni.





tgk tu,pening kpale,dh mcm2 harta karun dh ade

aku mmg mls btol nk kemas lg...
mari kte tgk dgn lebey dkt ape harta2 karun emirul-emim-siot....


komputer riba yg menjadi nadi n tunjang kehidupan universiti

Laptop duo processor ni mmg cukup lengkap la bg aku dgn 4gb ram kire puas ati la...aku pon bkn jnis yg main game ke ape,juz pnuhkan dgn software2 n entertainment je.Laptop ni bersejarah sebab dibelanje oleh family sempena birthday aku.Aku sambar laptop ni kt KL cnvention center tym PIKOM pc fair dulu,berbaloi beb,haha..Dgn lptop ni la aku belajo,dgn ni jugak aku berkarya n rekoding,n aku jugak melepak membuang masa dpn lptop ni (mcm skang la haha)



SONY MDR-v150

Peh!aku ngaku aku mmg trsangat la admire produk SONY,aku mmg salute kualiti bunyi yg dihasilkan oleh alat2 ciptaan sony ni.Aku pon pnah blaja pasal cmne sony ni bleh mju dlm bidang audio n gadjet ni.Boley dikatakan dlm 24 jam,15 jam headphone ni melekat kt kpala aku,mmg ibarat sebahagian dari kpala aku dh menantang ni.Aku bli same ngn tym aku bli laptop ni dulu.. Sayang btol headphone ni,tp malangnye ia menuju hari tua beliau,menanti tiba hari kejatuhan...



External Hardisk and Thumbdrive

Ni la cakera keras luaran yg menjadi peti simpan segala mcm mklumat penting aku.Aku bli yg 500gb je,blum mase lg nk pakai tera hoho...Yg cenonet 2 aku punya cakera ibu jari yang aku bru bli setelah kehilangan cakera ibu jari yg lame.



Mr.Big Mug!

Mug yg mnjadi peneman setia untuk menampung limpahan air nescafe panas yg mnjadi kegilaanku.


contoh2 tesis lepas

Dimaklumkan aku tgh membuat projek sarjana muda 1 aku,jd otak aku akan cramp dgn perahan2 idea nk develop sistem kt kilang Biotech Herbal Center Technology Park Malaysia...



buku2 yg tersadai

Ni hasil dri test2 n kuiz2 yg mmbuatkan aku x keruan bukak buku haha..majalah ROTTW ni aku bru je bli setelah bertaun2 aku x bli,agaknye dh smpai seru aku layan smule zine ni.



Pro-Mark Carl palmer signature series,seruling code F adn C
Haaaa alat2 muzik yg tersadai atas meja aku.Drumstick ni mmg aku guna utk men drum, tp aku pun guna untuk men pukul angin tym layan lagu2 ganas n tym aku nk prctice lgu2 yg aku layan,tu sebab trsdai atas meja spnjang mase,mmg ready on go je,anytime aku bleh sauk.Seruling code F ni aku bli,code C abg aku punya.Aku ni minat irama2 klasik,tradisional so aku blaja men seruling untuk mendapatkan feel lagu2 yg aku layan.Stakat ni aku tgh cube mantapkan skill n berkarya dgn seruling ni. Seruling ni pun on the go gak,anytime aku sauk n main ikut irama lagu syahdu ewah!



Redoxon
Vitamin C sebagai suplement aku yg kurg zat besi,zat kayu dan zat tanah!


Odour remover
Wangian mmg terapi yg bgos utnk menghilangkan stress,jd bilik aku semerbak dgn wangian yg harum (selama limit selepas spray bau pun hilang)


Nota pelakat


Mr.Loba-loba dan Kakatus
Bdk dua ekor ni mmg pemalas,tau nk lepak dan menyanyi jek.Aku bela bdk2 ni sejak aku bwk turun dri cmeron higland.


Gambar kenangan Form 1, Gambar Family tym raya



buku-buku


koleksi cd kt bilik

Ya cd Ahmad Jais dan Mohram!


Divo!Il layan beb pop opera


cd Ghazal (jgn men2,gua minat ghazal)


cd Dari Jemapoh ke Manchestee' (legend ni kompilasi lgu2 band underground)


cd software audio





NWZ- E445
Ni gadjet kesayangan ni,waaa walkman sony mmg mantap,ipod mmg xleh celen.





Gibraltar Avenger 6000
Double pedal kesanyang aku ni,walaupon aku pijak2 dan lanyak,tp itu tnda kasih syg aku kepadanya cewah!Pedal ni bru je lepas menyumbangkan keringat untuk rekoding ep Out Worn Shoes bln 7 hari tu. Pedal ni mybe x sehebat Pearl atau Iron Cobra,tp aku dpt rasakan kekuatan dan kegarangan pedal ni dgn double chain feature die hoho.Aku bangga Chris Adler jd duta jenama ni hehe...



TSL TJK-660CL
Walauweh,nmpk mcm grand je,padahal ni heater air aku yg sgt2 berjasa,gua salute lu!



E65
Lastly,henpon aku yg diturunkan oleh abah aku kpd aku setelah beliau membeli Sony Ericson bru yg cnggih hoho...aku mmg x pnah ade hnpon sndiri,semua yg ade hasil pemberian turun temurun keluarga (mcm wasiat tanah pusaka)



Berakhir la satu episod aku sblum nk blk smbut raya taun ni......

aku ucapkan
SELAMAY HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN

siotjekauni by Emirul Adzwan

Psychological Imbalance!!




the name is Emirul Adzwan bin Yahya. birth in 1988,22nd Dec. currently studying at UTM Skudai,JB. My passions are Psychology, science, philosophy, Islam, history, cultural, family, literature, arts(theater, drawing,singing,drumming,music,film). Purely from Pahang, Raub+Temerloh. Some call me Emirul, the band call me Emim, and those college friends call me Siot.. (bajet gile speaking omputih!)

My Rock Band : Out Worn Shoes

About Me

My Photo
teruna,sepet,kurang tinggi,jerawat,manis senyuman,UTM Skudai

Followers

VVIP

web site hit counter